Waris Jari Hantu

Waris Jari Hantu
PengarahShuhaimi Baba
Dibintangi
  • Maya Karin
  • Rusdi Ramli
  • Azean Irdawaty
Syarikat
penerbitan
Pesona Pictures
Diedarkan olehGrand Brilliance
Tarikh tayangan
  • 31 Mei 2007 (2007-05-31) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.74 juta

Waris Jari Hantu ialah sebuah filem seram romantik Malaysia 2007 arahan Shuhaimi Baba.

Sinopsis

Tok Wan Rimau (Azean Irdawaty), penjaga harimau saka (iaitu yang mana badannya boleh bertukar bentuk menjadi harimau apabila diperlukan), sedang mencari seorang pewaris wanita untuk mewarisi kuasanya. Tina (Maya Karin) dan Ari (Rusdi Ramli) merupakan saudara-mara Tok Wan yang juga sahabat karib sesama sendiri. Harimau saka Tok Wan itu melindungi keluarganya dan kampung mereka daripada bahaya. Tina yang mencintai Ari itu sedang mengembangkan impian rahsianya untuk mengahwini Ari sungguhpun para orang kampung menyindir Ari kerana sifat keperempuanannya. Oleh sebab amat tersentuh oleh hinaan orang kampung, Ari terus berselindung di sebalik hubungan rapatnya bersama Tina. Sungguhpun dibantah ibu bapanya, Tina kelihatan bakal menjadi penjaga harimau saka seterusnya, namun Ari tampil ke hadapan untuk menawarkan dirinya sebagai penjaga semangat mistik tersebut.

Pelakon

Pelakon Utama

  • Maya Karin sebagai Tina
  • Rusdi Ramli sebagai Ari
  • Azean Irdawaty sebagai Tok Wan Rimau

Pelakon Pembantu

Senarai runut bunyi

  1. Faizal Tahir - Kasih Tercipta
  2. Tria - Tika
  3. Maya Karin & Rusdi Ramli - Tika
  4. Kavita Sidhu - Cinta Sempurna
  5. Azean Irdawati - Lagu Tok Wan
  6. Instrumental - Kasih Tercipta
  7. Instrumental - Tika
  8. Instrumental - Cinta Sempura
  9. Music Score - Serangan Rimau
  10. Music Score - Turun Saka

Kritikan filem

Salah satu isu yang ditimbulkan penonton adalah sungguhpun Tok Wan Rimau telah menurunkan sakanya, atap rumahnya masih perlu dibuka ketika dia hendak mati. Ini dikatakan menimbulkan kekeliruan, kerana sekiranya seseorang itu dikatakan telah menurunkan ilmu sakanya, dia akan mati seperti biasa. Oleh itu terdapat jangkaan penonton bahawa Tok Wan Rimau memiliki ilmu saka yang lain pula.

Anugerah dan pencalonan

  • Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM-20) - Shuhaimi Baba. Beliau menerima hadiah wang tunai RM25,000 dan trofi.
  • Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM-20) - Rusdi Ramli. Beliau menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM-20) - Azean Irdawaty.

Rujukan

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Filem terbitan Grand Brilliance
Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem bersiri
Ikon tunas

Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s