Tumpang Lalu Bang

  • Drama
  • Komedi
  • Cinta
Ditulis olehWan Mahani Wan HassanPengarahEoon Shuhani
Dibintangi oleh
  • Tomok
  • Kilafairy
  • Black Hanifah
  • Aidil Aziz
  • Raja Afiq
Lagu pembukaan"Tumpang Lalu" nyanyian Tomok & KilafairyLagu penutup"Tumpang Lalu" nyanyian Tomok & KilafairyNegara asalMalaysiaBahasaBahasa MelayuBilangan episod28 EpisodPenerbitanTempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Zamriez Golden Pictures Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV9Format gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal2 Februari 2022 – 28 Mac 2022KronologiMengikutiOh My HantaranDiikuti oleh30 Hari Sebelum Raya

Tumpang Lalu Bang ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Eoon Shuhaini. drama bersiri ini dibintangi Tomok, Kilafairy, Black Hanifah dan Aidil Aziz. Siri ini memulakan tayangan di Slot Diandra, (TV9) bermula 2 Februari 2022 menggantikan Oh My Hantaran. [1]

Sinopsis

Mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.

Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian (Aidil Aziz), Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki). Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam.

Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma (Ziana Zain) menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah?

Pelakon

  • Tomok sebagai Nizam
  • Kilafairy sebagai Sofiah
  • Ziana Zain sebagai Emma
  • Mahmud Ali Bashah sebagai Latiff
  • Aidil Aziz sebagai Sufian
  • Black Hanifah sebagai Sobri
  • Raja Afiq sebagai Syahrin
  • Afzan A. Rahman sebagai Syamil
  • Danial Dashuki sebagai Shuib
  • Qi Razali sebagai Luqman
  • Delimawati ismail sebagai Nek Timah
  • Syamim Farid sebagai Azura
  • Natasya Mahyan sebagai Ura Fazura
  • Amanda Misbun sebagai Nora Dinash
  • Sazrin Aizul sebagai Rashid
  • Annie Mosha sebagai Hana
  • Fared Ridzwan sebagai Danial
  • Norisz Ismail sebagai Fatihah
  • Sri Pak Mudo sebagai Che Lah
  • Ozlynn Wati sebagai Puan Nita
  • Yumna Ayuna Yusof sebagai Kak Mona
  • Saiful Ghaz sebagai Azan
  • Shaf Naufas sebagai Latif Muda
  • Aqeesh Aleeya sebagai Sarah
  • Hasfarizal Hassan sebagai Hapi
  • M. Samsudin Sario sebagai Pak Din

Rujukan

  1. ^ Drama Tumpang Lalu Bang. MyInfoTaip. Dicapai 2 Februari 2022