Treeing Tennessee brindle

Treeing Tennessee brindle
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Jantan 35–50 lb (16–23 kg)
Betina 30–40 lb (14–18 kg)
Tinggi Jantan 18–24 in (46–61 cm)
Betina 16–22 in (41–56 cm)
Bulu Pendek dan lembut
Warna Brindle atau hitam dengan pangkasan brindle
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Treeing Tennessee brindle[a] ialah satu baka cur. Sejak tahun 1995, rekodnya telah dikekalkan melalui Program Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club.

Sejarah

Perkembangan treeing Tennessee brindle bermula pada awal tahun 1960-an dengan usaha Reverend Earl Phillips. Oleh sebab lajur yang sedang ditulis oleh beliau dalam majalah anjing pemburu, Phillips menyedari kewujudan cur brindle—anjing pemburu dan treeing dengan lapis bulu perang, "berbelang harimau belang" dengan hitam. Beliau menghubungi pemilik dan peminatnya dan mendapati bahawa jenis itu sangat dijulang kerana kebolehannya dan pada tahun 1967 menghubungi mereka sekali lagi untuk membentuk sebuah pertubuhan untuk "memulihara dan mempromosikan" cur brindle itu.[1] Treeing Tennessee Brindle Breeders Association diasaskan di Illinois pada 21 Mac.[1] Ternakan asasi diperoleh dari pelbagai lokasi di Amerika Syarikat, khususnya yang di antara Pergunungan Ozark dengan Pergunungan Appalachia.[1] Rekod treeing Tennessee brindle telah dikekalkan melalui Program Khidmat Ternakan Asasi American Kennel Club sejak tahun 1995.[2]

Perihal

Penampilan

Jantan berdiri setinggi 18–24 inci (46–61 cm) pada paras kelasa dan berukuran seberat 35–50 paun (16–23 kg), manakala betina berdiri setinggi 16–22 inci (41–56 cm) dan berukuran seberat 30–40 paun (14–18 kg).[3] Lapis bulu baka ini adalah pendek dan lembut dan mungkin sama ada brindle atau hitam dengan pangkasan brindle.[3][4] Tanda-tanda putih kecil pada dada dan kaki diizinkan menurut piawaian baka, demikian juga kuku embun.[4]

Perangai

Treeing Tennessee brindle mempunyai kecenderungan kuat terhadap perburuan, khususnya treeing, dan cenderung untuk menjadi cerdas dan pantas dengan deria bau tajam.[3][4] Selain itu, cara pengepungan mangsa semasa perburuan ("melolong" atau "meraung"[5]) ialah sebahagian daripada piawaian baka: individu patut menjadi "penjejak terbuka dengan perubahan semasa di pokok", dan "suara kasar putus-putus" lebih diutamakan.[4]

Lihat juga

  • Senarai baka anjing

Catatan

  1. ^ Jawi: تينيسي تريئيڠ بريندلcode: ms is deprecated

Rujukan

  1. ^ a b c "History/Purpose" (dalam bahasa Inggeris). Treeing Tennessee Brindle Breeders Association. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  2. ^ "Treeing Tennessee Brindle Did You Know?" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2010. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  3. ^ a b c Pugnetti, Gino (1980). Meriwether Schuler, Elizabeth (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. m/s. 181. ISBN 978-0-671-25527-5.
  4. ^ a b c d "T.T.B.B.A. Breed Standards" (dalam bahasa Inggeris). Treeing Tennessee Brindle Breeders Association. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  5. ^ Giannini, Lauren. "Hunting Terms" (dalam bahasa Inggeris). Museum of Hounds & Hunting. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2011. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  • l
  • b
  • s
Anjing berasal dari Amerika Syarikat
Ekstan
Pupus
Jenis: CurFeistanjing pemburu rakun
  • l
  • b
  • s
Baka pekerja
Bertungkai panjang
Pincer
Schnauzer
  • Schnauzer gergasi
  • Schnauzer kerdil
  • Schnauzer sederhana
Lain-lain
Bertungkai pendek
Baka pemburu jenis cur
Terier jenis bull
Terier mainan
Lain-lain
Baka pupus
Jenis: Feist, fell terrier, pincer, schnauzer, terier jenis bull (dan pitbul), terier rubah
  • l
  • b
  • s
Anjing pemburu bau
Anjing pemburu penglihatan
Baka pemburu jenis cur
Lain-lain
Pupus