Overtur 1812

Overtur 1812, lengkap dengan tembakan meriam, dimainkan pada 2005 Classical Spectacular di Melbourne, Australia.

Overtur Suram Tahun 1812 Op. 49 (Rusia: Торжественная увертюра «1812 год», соч. 49code: ru is deprecated )[1] atau nama pendeknya Overtur 1812 (bahasa Inggeris: 1812 Overturecode: en is deprecated ) ialah sebuah overtur bernada E karya pengarang muzik Rusia, Pyotr Ilyich Tchaikovsky pada tahun 1880 memperingati percubaan Napoleon Bonaparte menakluk Rusia pada tahun 1812. Karya gubahan ini amat dikenali kerana kemuncaknya yang melibatkan tembakan meriam, genta dan tiupan trompet akhir menggambarkan kekacauan dalam peperangan hebat tersebut.

Overtur mula-mula diperdengarkan di Katedral Kristus Penyelamat Moscow pada 20 Ogos 1882 (8 Ogos mengikut takwim lama)[2] di bawah pimpinan Ippolit Al'tani.[3]

Overtur 1812 (1812 Overture)

Persembahan Skidmore College Orchestra. Ehsan Musopen

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Peralatan muzik

Overtur 1812 digubah buat orkestra yang terdiri daripada:[4]

  • Brasben1 (finale sahaja)
  • Alat woodwind: sebuah pikolo, 2 flut, 2 obo, sebuah kor anglis, 2 klarinet dalam B dan 2 basun
  • Alat bras: 4 hon dalam F, 2 kornet B, 2 trompet dalam E, 3 trombon (2 tenor, 1 bes) dan sebuah tuba
  • Genderang: timpani, sebuah dram bes orkestra, sebuah dram getar, simbal, sebuah tamburin, sebuah kerincing, sebuah karilon2 dan sebuah meriam3
  • Alat tali: violin pertama dan kedua, viola, selo dan dabal bes
Nota:
1. Peralatan "Terbuka" terdiri daripada apa jua "alat bras berlebihan yang terdapat". Dalam persembahan ruang tertutup, bahagian itu dapat dimainkan organ. Pancarangam tentera atau pancaragam kawad juga memainkan bahagian ini.
2. Kadang kala ditukar dengan chimes atau rakaman karilon.
3. Pada bahagian-bahagian di mana tembakan meriam dimainkan, meriam sebenar diganti kenan rakaman tembakan meriam atau sebuah alat pentas seperti tukul kayu atau besi besar. Dram bes dan gong juga kerap digunakan dalam persembahan di dalam bangunan.

Kepentingan

Ia sering dimainkan dalam acara-acara tertentu di Amerika Syarikat sebagai lagu tema meraikan kemerdekaan negara tersebut dari pihak British.

Rujukan

  1. ^ "Tchaikovsky Research : The Year 1812, Op. 49 (TH 49)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-06. Dicapai pada September 3, 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Lax, Roger (1989). The Great Song Thesaurus. Oxford: Oxford University Press. m/s. 230. ISBN 978-0-19-505408-8. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ "Tchaikovsky Research.net". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-22. Dicapai pada 2012-12-04.
  4. ^ Tchaikovsky, Piotr Ilyich (1996). 1812 overture: Marche slave, and ; Francesca da Rimini. Courier Dover Publications. ISBN 0-486-29069-7. Dicapai pada December 29, 2009.

Pautan luar

  • Persembahan penuh Overtur 1812 oleh Berliner Philharmonic di Youtube.
  • 1812 OVERTURE oleh Pyotr Tchaikovsky. Persembahan Banda 88 dari Santa Maria, Bulacan, Filipina Diarkibkan 2011-06-29 di Wayback Machine
  • Persembahan pancaragam tentera dengan diiringi artileri
  • (Inggeris) Artikel Pittsburgh Post-Gazette tahun 2003 tentang bagaimana 1812 menjadi sebuah "Americana" patriotik Diarkibkan 2008-06-10 di Wayback Machine
  • (Inggeris)Lagu kebangsaan Rusia "Tuhan Selamatkan Tsar" dalam muzik Tchaikovsky – mengandungi beberapa rakaman audio Overtur 1812.
  • Skor percuma oleh 1812 Overture di Projek Perpustakaan Skor Muzik Antarabangsa (IMSLP)
  • (Inggeris)Temu ramah dengan J. Paul Barnett tentang Overtur 1812 oleh Bruce Duffie, 20 November 1999