Mardhiyyah Johari

Pengenalan

Yang Berhormat

Mardhiyyah Johari
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Pengkalan Kundor
Penjawat kini
Memegang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului oleh Ismail Salleh
Ketua Pengarah Ameerah Malaysia
Penjawat kini
Memegang jawatan
2023
Didahului olehSiti Mastura Muhammad
Butiran peribadi
Parti politik
PekerjaanAhli politik, Peguam

Mardhiyyah Johari ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah di DUN Pengkalan Kundor mewakili Perikatan Nasional[1] pada 2023.

Latar Belakang dan Pendidikan

Mardhiyyah Johari berusia 36 tahun, sudah berkahwin dengan seorang pensyarah dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Beliau mendapat pendidikan awal di SK Kodiang,Kedah seterusnya melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh,Kelantan & SMK Jitra, Kedah.

Menyambung pengajian tinggi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dalam bidang Undang-Undang.

Pekerjaan

Selepas menamatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang(Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) (Kepujian), beliau menjalani latihan dalam kamar (chambering) di Tetuan Badrul Samad Faik & Co., Sungai Petani sehingga ditauliahkan sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada 26 Januari 2014.

Kini beliau telah 10 tahun beramal sebagai Peguam Sivil dan Syarie. Beliau beramal sebagai peguam di firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Mar Johari & Co.[1] yang terletak di Alor Setar Kedah.

Aktiviti Kemasyarakatan dan Politik

Selain daripada itu, beliau juga aktif dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) , beliau merupakan ketua sayap wanita muda dengan taklifan sebagai Ketua Pengarah Ameerah Malaysia.

Beliau juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah dan Setiausaha Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) Kedah.

Dalam NGO, beliau memegang tanggungjawab selaku Ketua Kluster Undang-Undang Pertubuhan Advokasi & Hak Asasi Manusia Antarabangsa Malaysia (i-Aware) dan Penasihat Association of Research, Development & Women Empowerment Malaysia (ARWA).

Beliau turut menulis sebuah buku bertajuk Mentafsir Semula Hak Asasi Manusia yang mengandungi pandangan tentang isu-isu hak asasi manusia dari kaca mata Islam dan kemanusiaan.

Pada Pilihanraya Umum Negeri yang ke-15, beliau bertanding atas tiket Perikatan Nasional melawan Dato' Dr Ismail Salleh, Pengerusi Parti Amanah Kedah dan menang dengan majoriti besar 11,032 undi.

Keputusan pilihan raya

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Mardhiyyah Johari
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2023 N17 Pengkalan Kundor Mardhiyyah Johari PN (PAS) 22,349 Ismail Salleh PH (Amanah) 11,317 11,032

Rujukan

  1. ^ KOSMO! (2023-08-12). "PRN: Senarai penuh keputusan DUN Kedah". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-08-17.