Festival Filem Malaysia ke-31

Festival Filem Malaysia
ke-31
Tarikh10 Disember 2021
TempatDewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
PengacaraAwal Ashaari
Sharifah Shahirah
Tempoh Tayangan3 jam
Sorotan
Filem TerbaikRoh
Pengarah TerbaikKabir Bhatia (Sangkar)
Pelakon Lelaki TerbaikZul Ariffin (Sangkar)
Pelakon Wanita TerbaikAngelica Lee (The Garden of Evening Mists)
Gambaran keseluruhan
Pencalonan terbanyakRoh (11)
Pemenang terbanyakRoh (6)
  • ← 30
  • Festival Filem Malaysia
  • 32 →

Festival Filem Malaysia ke-31 (31st Malaysian Film Festival) atau FFM31 disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2019. Sebanyak 67 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini dan tema bagi acara ini ialah Inspirasi Sinemaku: Tanpa Sempadan.[1] Susulan pandemik COVID-19, acara ini telah ditunda dan berkemungkinan tarikh baharu FFM31 diputuskan antara Julai hingga Ogos depan.[2] Ia dijadualkan akan berlangsung pada 18 April 2020, namun berikutan pandemik COVID-19 di Malaysia, ia ditunda ke 2021.

Gambaran keseluruhan

Pengumuman rasmi FFM31 diadakan pada Januari 2020.[3] "Inspirasi Sinemaku: Tanpa Sempadan" dipilih sebagai tema untuk FFM31, karya yang bakal dipertandingkan termasuk 35 filem dalam bahasa Melayu; Mandarin dan Kantonis (15), Tamil (12), animasi (empat) serta sebuah filem yang mewakili kategori lain.[1][4]

Malam kemuncak FFM31 akan disiarkan secara langsung melalui Astro pada jam 9 malam. Majlis perasmian festival itu akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 9 April 2020. Empat kategori anugerah iaitu Dokumentari Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Filem Cereka Animasi Terbaik dan Filem Digital terbaik diperkenalkan semula. Buat kali pertama, kategori Tatarias Terbaik dipertandingkan pada penganjuran kali ini.[1]

Penangguhan Acara FFM31 dan Bantahan Pelakon

Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia akibat pandemik COVID-19 di Malaysia, FFM 31 telah ditunda penganjurannya sehingga 2021.[5][6] Ekoran penangguhan acara FFM31 ke bulan Oktober 2021 dimana pada ketika itu dunia sedang menghadapi impak ekonomi dan ancaman kesihatan akibat COVID-19, beberapa pelakon terkenal tampil membuat bantahan terhadap penganjuran acara ini dan menggesa FINAS membatalkan terus [7]. Bekas pemenang FFM, Afdlin Shauki dan Umie Aida, contohnya, berharap FINAS lebih menumpu kepada menyalurkan bantuan kepada artis-artis dan pekerja filem yang menghadapi masalah kehilangan pendapatan akibat pandemik. [8]. Acara ini akhirnya ditunda ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak [9]

Pada 22 Oktober 2021, FINAS mengumumkan acara FFM31 ditetapkan bakal berlangsung pada 10 Disember 2020 setelah 18 bulan tertangguh dari tarikh asal [10]. Penganjur bagaimanapun bertindak merahsiakan senarai calon Top 5 sehingga malam kemuncak, yang mana tiada perubahan daripada senarai filem yang dijuri ketika penjurian dibuat sebelum penangguhan sebelum ini [11]. Ini bermakna, biarpun dianjurkan pada hujung tahun 2021, 55 filem yang bertanding dalam FFM kali ini adalah bukan dari tahun semasa , sebaliknya dari tahun 2019 hingga suku pertama 2020 [12].

Penganjuran

Acara FFM dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional atau FINAS. Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang baharu iaitu Prof Dr. Mohd Nasir Ibrahim mengambil alih tugas sebagai Pengerusi FFM daripada penyandang jawatan terdahulu Encik Ahmad Idham yang sempat menyelesaikan sebahagian besar persiapan penganjuran edisi kali ini ketika masih dalam jawatan. Beliau dibantu oleh pengarah projek FFM31, Puan Rozita Wati Ridzwan

Penyiar rasmi adalah Radio Televisyen Malaysia, bersiaran di saluran RTM2 dengan kerjasama rakan strategik BERNAMA, ASWARA dan Jabatan Penerangan Malaysia. FINAS juga mendapat tajaan berupa saguhati wang tunai untuk diberikan kepada penerima piala bagi setiap kategori.

Pasukan Penerbitan

  • Penerbit : Puan Rashidah Ali
  • Penerbit Bersama : Encik Alfarizal Hassan
  • Penerbit Eksekutif: Encik Ahmad Syazli Mohd Khair
  • Penerbit Penyelaras : Encik Jamaluddin Bakar
  • Suara Latar : Encik Khairul Anuar Azmi

Pengacara, Penyampai Anugerah dan Persembahan

Pengemudi acara:- Acara permaidani merah dikendalikan oleh Nazruddin Habibur Rahman dan Natasha Shamin; manakala acara kemuncak dikemudikan oleh Sharifah Shahirah dan Awal Ashaari.

Barisan penghibur:-

Barisan penyampai anugerah:-

Pemenang dan Calon Akhir

Anugerah Perdana

Sebanyak 9 buah piala dipertandingkan, tidak termasuk 6 anugerah khas. Penerima piala juga menerima hadiah berupa wang tunai ataupun galakan insentif, seperti dinyatakan pada setiap kategori.

Filem Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan galakan insentif geran dana kandungan digital bernilai RM500,000 daripada FINAS
  • Roh – Elise Shick Chong & Shizrin Salleh daripada Kuman Pictures Sdn Bhd
    • Ejen Ali: The Movie – Faiz Hanafiah daripada kerjasama Wau Animation Sdn Bhd, Primeworks Studio Sdn Bhd
    • Fly By Night – Leonard Tee & Mo Bahir daripada Another Planet Sdn Bhd
    • Geran – Abu Bakar Mat Zin daripada Layar Pictures Sdn Bhd
    • Sangkar - Gayatri Su-Lin Pillai daripada kerjasama Primeworks Studio Sdn Bhd, Infinitus Gold Sdn Bhd, MM2 Entertainment Sdn Bhd, Astro Shaw Sdn Bhd
Pengarah Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM10,000 tajaan Moshawa Sdn Bhd
Pelakon Lelaki Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM10,000 tajaan Bosc Digital Production Sdn Bhd
Pelakon Wanita Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM10,000 tajaan Bosc Digital Production Sdn Bhd
Lakon Layar Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan Zeel Productions Sdn Bhd
  • Emir Ezwan  – Roh
Cerita Asal Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan Filmwallet Group Sdn Bhd
  • Tan Twan Eng  – The Garden of Evening Mists
    • Ainon Ariff & Nur Naquyah  - Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
    • Anwardi Jamil, Jamil Sulong  - Showtime 1958
    • Emir Ezwan  - Roh
    • Usamah Zaid Yasin, Faiz Hanafiah, Fuad Md Din, Nazmi Yatim & Syafiq Isa  - Ejen Ali: The Movie
Sinematografi Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan Filmforce Studio Sdn Bhd
  • Low Soon Keong  - Fly By Night
    • Ahmad Saifuddin Musa  - Roh
    • Indra Che Muda  - Misteri Dilaila
    • Norhanisham Muhammad  - Sangkar
    • Yong Choon Lin  - WIRA
Penyuntingan Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan Integriti Padu Sdn Bhd
Skor Muzik Asal Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 daripada FINAS
  • Reinchez Ng  - Roh
    • Andrew Bong & Cheong Micheal  - Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
    • Azri Yunus & Hakim Kamal  - Ejen Ali: The Movie
    • Onn San  - The Garden of Evening Mists
    • Zane Adam;- Fly By Night
Kategori Filem Pendek Terbaik, Filem Animasi Terbaik dan Filem Digital Terbaik tidak dipertandingkan untuk edisi kali ini.
Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan Yayasan Hasanah
Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Hayat (Seniman)
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan Yayasan Hasanah
Anugerah Khas Juri
Kesemua pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 daripada FINAS
  • Suatu Ketika  - Kash Pictures Sdn Bhd (memaparkan penonjolan semangat dan pembentukan jatidiri)
  • Geran  - Layar Pictures Sdn Bhd (memaparkan pendekatan segar terhadap seni budaya dan warisan)
  • Headhunter  - Indera Asahan Sdn Bhd (memaparkan perwakilan budaya kelompok etnik yang khusus)
Anugerah Filem Box Office
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 daripada FINAS
  • Ejen Ali: The Movie  – Wau Animation Sdn Bhd, Primeworks Studio Sdn Bhd (pecah panggung RM30.05 juta dibawah Skim Wajib Tayang)

Anugerah Cipta

Sebanyak 13 piala dipertandingkan [13]. Penerima piala juga menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000 daripada FINAS dan juga barisan penaja. Beberapa kategori telah diumumkan ketika acara permaidani merah dan disiarkan secara langsung di laman Youtube FINAS [14].

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan Nutraler Sdn Bhd
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan UVE Care Sunscreen Sdn Bhd
Penataan Seni Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 daripada FINAS
  • Nazrul Ashraff Mazlan  – Sangkar
    • Ghazali Omar, Faiz Hanafiah & Fuad Md Din  - Ejen Ali: The Movie
    • Maliq Hussein  - Pusaka
    • Taufik Kamal  - Roh
    • Wan Rosmazila Suria Wan Ibrahim  - Showtime 1958
Penataan Bunyi Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 daripada FINAS
  • Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Syafiq Isa  – Ejen Ali: The Movie
    • Hafer Aziz  - Misteri Dilaila
    • Mohsin Othman  - Roh
    • Mohsin Othman  - Pusaka
    • Supernova Media Sdn Bhd  - The Garden of Evening Mists
Rekaan Busana Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 daripada FINAS
  • Tengku Syahmi Tengku Mahmood  – Roh
    • Akma Suriati Awang  - Showtime 1958
    • Harun Zainuddin  - Headhunter
    • Lee Li Yin  - Amazing Spring
    • Sandra Othman  - Geran
Penataan Rias Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 daripada FINAS
  • Ella Sandera  – Sangkar
    • Ella Sandera  - Roh
    • Ella Sandera  - Pusaka
    • Hafizah Ibrahim  - Showtime 1958
    • Jamal Muhammad  - Anak Perjanjian Syaitan
Penataan Kesan Khas Visual Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 daripada FINAS
  • VHQ Post (M) Sdn Bhd  – The Garden of Evening Mists
    • Basecamp VFX Sdn Bhd  - WIRA
    • Emir Ezwan  - Roh
    • KL Post Sdn Bhd &nbsp - Sangkar
    • Tan Sheik Wei  - ''Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Rekaan Poster Filem Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 daripada FINAS
  • Christopher Chua Eng Hui  – Walk With Me
Lagu Tema Asal Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan Web TV Asia Sdn Bhd
  • Ayuhlah petikan filem Suatu Ketika  – senilagu oleh Michael Veerapen, senikata oleh Zainalabidin (dipersembahkan oleh Zainalabidin)
    • Kasih Suci petikan filem Bu, Kasih Suci - senilagu oleh Euywein Yong, senikata oleh Wan Kelly (dipersembahkan oleh Aina Abdul)
    • Kita Jaga Kita petikan filem Ejen Ali: The Movie  - senilagu oleh Cuurley, senikata oleh Altimet & Bo Amir Iqram (dipersembahkan oleh Altimet, Cuurley & Malik Abdullah)
    • Keris Sakti petikan filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal  - senilagu oleh Cheong Michael & Andrew Bong, senikata oleh Ainon Ariff (dipersembahkan oleh Fakhrul Razi)
    • Menyemai Kemungkinan petikan filem Geran  - senilagu oleh Muhd Ihras (Puyung) & Asraaf Azlan (Salam), senikata oleh Muhd Ihras (Puyung) & Muhammad Jabir Atan (Jay Tan) (dipersembahkan oleh Salammusik)
Pengarah Harapan
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan White Merpati Entertainment Sdn Bhd
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan Jade Marble Group Berhad
  • Anding Indrawani  - Headhunter sebagai Anang
    • Cedric Loo  - Amazing Spring sebagai Liang Minshan
    • Din Tamam  - Suatu Ketika sebagai Selamat
    • Satish Kumar  - Metro Maalai sebagai Lelaki Tak Beridentiti
    • Taqim Zaki  - Motif sebagai Inspektor Rizal
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan Ace Identity Sdn Bhd
  • Fify Azmi  - WIRA sebagai Zain
    • Feiyna Tajuddin  - Geran sebagai Fatimah binti Nayan
    • Mhia Farhana  - Roh sebagai Along
    • Mira Filzah  - Sangkar sebagai Liya
    • Mimi Lana  - Pusaka sebagai Nur Ishak
Pelakon Kanak-kanak Terbaik
Pemenang dihadiahkan piala dan wang tunai RM5,000 tajaan Pusat Pakaian Hari Hari Sdn Bhd
  • Putri Qaseh  - Roh sebagai Adik
    • Danial Akmal Fariz  - Suatu Ketika sebagai Syukri
    • Iman Daniel Syahidah  - Suatu Ketika sebagai Husin
    • Nik Adam Mika  - Sangkar sebagai Reza
    • Puteri Rayyana Rayka  - Warkah sebagai Hana

Rujukan

  1. ^ a b c Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (16 Januari 2020). "67 filem rebut 32 kategori FFM31". Berita Harian. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (17 Mac 2020). "COVID-19 : Festival Filem Malaysia Ke-31 ditunda". Berita Harian. Dicapai pada 13 April 2020.
  3. ^ Farhan Ikram (16 Januari 2020). "Festival Filem Malaysia kembali, 67 filem bakal berentap rebut 32 kategori". mStar Online. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  4. ^ Asraf Adied (16 Januari 2020). "67 Filem Bersaing Di Festival Filem Malaysia Ke-31". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Januari 2020.
  5. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (21 Jun 2020). "FFM31 tahun depan". Berita Harian. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  6. ^ Syafil Syazwan Jefri (21 Jun 2020). "FFM31 masih ditangguh". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2020.
  7. ^ https://www.malaysiakini.com/hiburan/582120
  8. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/07/727954/tangguh-ffm31-duit-dana-guna-bantu-penggiat-seni-terkesan-afdlin
  9. ^ https://www.kosmo.com.my/2021/07/07/ffm31-diboikot-finas-bukan-badan-kebajikan/
  10. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/10/878919/ffm31-bakal-berlangsung-10-disember-depan
  11. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/12/786649/strategi-finas-rahsiakan-calon-top-5-ffm31
  12. ^ https://gempak.com/berita-terkini/55-filem-berentap-di-ffm31-rm500000-untuk-pemenang-filem-terbaik-68567
  13. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/12/10/roh-filem-terbaik-ffm31-sangkar-julang-nama-remy-ishak-dan-zul-ariffin
  14. ^ https://www.youtube.com/watch?v=ZfSpDqi3Jkc&t=142s
  • l
  • b
  • s
Anugerah Perdana
  • Filem Terbaik
  • Pengarah Terbaik
  • Pelakon Lelaki Terbaik
  • Pelakon Wanita Terbaik
  • Lakon Layar Terbaik
  • Cerita Asal Terbaik
  • Sinematografi Terbaik
  • Penyuntingan Terbaik
  • Skor Muzik Asal Terbaik
  • Dokumentari Terbaik
  • Filem Pendek Terbaik
  • Filem Digital Terbaik
  • Filem Animasi Terbaik
Anugerah Cipta
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
  • Penataan Seni Terbaik
  • Penataan Bunyi Terbaik
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
  • Pengarah Harapan
  • Pelakon Harapan Lelaki
  • Pelakon Harapan Wanita
  • Lagu Tema Asal Terbaik
  • Pereka Kostum/Busana Terbaik
  • Poster Terbaik
  • Filem Komedi Terbaik
  • Filem Digital Terbaik
  • Filem Rencana Animasi Terbaik
  • Pelakon Komedi Terbaik
Majlis
Rencana berkaitan
Tahun-tahun yang dipaparkan ialah tahun kelayakan, tidak semestinya tahun penganjuran.