Ahmad Fawzi Mohd Basri

Brigidier Jeneral Profesor Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd Basri (10 Mei 1949-23 Mei 2005) ialah Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Sebagai Pencetus idea Khidmat Negara, beliau juga merupakan Pengerusi Majis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang pertama.

Dilahirkan di Kampung Belanja Kiri, Parit, Perak Tengah, Perak, Ahmad Fawzi ingin menjadi pegawai tentera semasa kecil.

Pendidikan

  • Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya (UM)
  • Sarjana Sastera di Universiti Malaya (UM)
  • Ph.D dalam bidang politik di Universiti of Hull, United Kingdom.

Politik

  • Jawatankuasa Pendidikan UMNO Malaysia pada 1997
  • Timbalan Pengerusi Kelab UMNO UK
  • Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit, Kepong dan Wilayah Persekutuan.

Pekerjaan / Jawatan

  • Pensyarah sejarah.
  • Pegawai tadbir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
  • 1975: Menjadi seorang rekrut Askar Wataniah semasa bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Beliau dinaikkan pangkat sarjan dan kemudian ditauliahkan leftenan, kapten, kolonel dan seterusnya dinaikkan pangkat Brigedier Jeneral.
  • 1983: Bertugas di kampus sementara di Bandar Darulaman Jitra sebagai pensyarah
  • 1998: Beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UUM sehingga 2000.
  • 2000: Menjadi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok.
  • Komander 513 Rejimen Askar Wataniah (AW) dan Komandan Palapes UUM.
  • 2003: Dilantik Pengerusi Majis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang pertama. Pencetus idea Khidmat Negara kerana berpengalaman bersama Palapes di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Komentar

Naib canselor yang sering turun padang. Berjaya membendung pelajar dan pengajar UUM daripada dipengaruhi anasir-anasir yang pro-pembangkang kerana pada beliau universiti adalah tempat menimba ilmu dan bukan tempat bermain politik atau kampus tempat membiak penentang kerajaan.

Meninggal dunia

Beliau kembali ke rahmatullah jam 4.47 petang 23 Mei 2005 di Hospital Selayang kerana menghidap kejutan septisemia dan pernah dimasukkan di Pusat Pakar Perubatan Kedah sejak 5 Januari 2005. Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Datin Aishah Ibrahim dan empat orang anak iaitu Dzulhimi, Dzuwairi, Noor Ezdiani dan Noor Elyana.