Abdul Hamid Othman


Abdul Hamid Othman

PSM; SIMP (Pahang); SPDK (Sabah); DHMS, DSDK (Kedah); JSM, KMN; PPT
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri
Dalam jawatan
2005–2008
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Dalam jawatan
2001–2003
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
1995–2001
Didahului olehMohd Yusof Noor
Digantikan olehAbdul Hamid Zainal Abidin
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dalam jawatan
1999–2001
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului olehMohd Yusof Noor
Digantikan olehFauzi Abdul Rahman
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sik
Dalam jawatan
1990–1999
Didahului olehZainol Abidin Johari
Digantikan olehShahnon Ahmad
Ketua Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Islam
Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
1984–1990
Didahului olehMohd Yunus Lahadi
Digantikan olehZainal Abidin Abdul Kadir
Butiran peribadi
LahirAbdul Hamid bin Othman
21 Julai 1939
Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah
Meninggal dunia23 Disember 2011(2011-12-23) (umur 72)
Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Kampung Bohol, Jalan Puchong, Kuala Lumpur
Parti politik UMNO
PasanganPuan Sri Jamilah Mohd Said
Anak-anakWafi Nazrin Abdul Hamid
HubunganTakiyuddin Hassan (anak saudara)
PekerjaanAhli politik, Agamawan

Tan Sri Dr. Abdul Hamid bin Othman (21 Julai 1939 – 23 Disember 2011) ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau dilantik pada 2001 sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr Mahathir dan kemudian sebagai Penasihat Agama kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009. Beberapa pihak mengiktiraf beliau sebagai ulama dari UMNO dan membuat ucapan penggulungan semasa Perhimpunan Agung UMNO.

Latar belakang

Abdul Hamid dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah.

Isterinya bernama Puan Sri Jamilah Mohd Said (68) dan mereka mendapat seorang anak, Wafi Nazrin dan lima orang cucu. Mereka menetap di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong, Selangor.

Pendidikan

Abdul Hamid merupakan penerima pertama biasiswa kerajaan Malaysia menuntut di Universiti al-Azhar, Mesir, bersama empat orang lagi pelajar lain dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam pada 1961.

Kerjaya

Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri (1984-1990). Pada tahun 1990, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hingga tahun 1995. Pada tahun 1995 pula dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri hingga tahun 2001 lalu. Pada 2001, Abdul Hamid dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kemudian Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (2005-2009).[1]

Selepas bersara

Selepas bersara, beliau menjadi Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd. Beliau juga Setiausaha Agung Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (Kewaja).

Pilihan raya

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995, beliau menang di kawasan parlimen P013 - Sik, Kedah.

Pada pilihan raya 29 November 1999, beliau kalah bertanding apabila menentang Datuk Prof. Shahnon Ahmad (PAS) yang bertanding buat pertama kali, Dr Abdul Hamid memperolehi 13,026 undi manakala Shahnon mendapat 13,504 undi. Oleh itu, jawatan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri hingga 1999 sahaja. Ketika ini BN/UMNO berhadapan dengan gelombang reformasi pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipecat pada 1998. Dua DUN di Sik iaitu Belantek dan Jeneri turut terlepas kepada PAS.

Selepas itu, beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat untuk membolehkannya menganggotai semula kabinet. Pelantikan beliau sebagai senator tamat selepas enam tahun. Kekosongan beliau diisi oleh tokoh agama iaitu Brigedier Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin yang dilantik sebagai Senator.

Pada 1999, DUN Belantek, Sik turut dimenangi oleh calon PAS iaitu Mohd Isa Shafie dengan majoriti 492 undi menewaskan calon BN Siti Meriam Salleh manakala di Jeneri, wakil PAS Yahya Abdullah menang dengan majoriti 393 menewaskan calon BN yang merupakan penyandang Mohd Hadzir Mohd Jaafar.

Meninggal dunia

Pada 23 Disember 2011, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman (72) meninggal dunia setelah mendapat akibat angin ahmar/strok di pejabatnya di Maju Junction dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohol, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Jenazah beliau dimandikan di kediamannya di Taman Tenaga, Puchong, Selangor. Kemudian, jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Amin dengan diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Turut menziarahinya ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Turut hadir ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali.[2]

Jawatan

Rujukan

  1. ^ "Abdul Hamid Othman meninggal dunia diserang angin ahmar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-09. Dicapai pada 2011-12-24.
  2. ^ "Jenazah Dr Abdul Hamid selamat disemadikan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 2011-12-24.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Kepimpinan Islam Peringkat Persekutuan di Malaysia
Ketua Agama Islam Peringkat Persekutuan : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman (1968-1970)
  2. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  3. Hussein Onn (1976-1981)
  4. Mahathir Mohamad (1981-2003)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  6. Najib Razak (2009-2018)
  7. Mahathir Mohamad (2018-2020)
  8. Muhyiddin Yassin (2020-2021)
  9. Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Sultan Sharafuddin Idris Shah (2022-kini)
Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Asri Muda (1973-1976)
  2. Mohamed Nasir (1978-1982)
  3. Abdullah Ahmad Badawi (1982-1984)
  4. Abdul Ajib Ahmad (1986-1987)
  5. Mohd Yusof Noor (1987-1990)
  6. Abang Abu Bakar Abang Mustapha (1990-1995)
  7. Abdul Hamid Othman (1995-1999)
  8. Abdul Hamid Zainal Abidin (2001-2004)
  9. Abdullah Md. Zin (2004-2008)
  10. Ahmad Zahid Hamidi (2008-2010)
  11. Jamil Khir Baharom (2010-2018)
  12. Mujahid Yusuf Rawa (2018-2020)
  13. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2020-2021)
  14. Idris Ahmad (2021-2022)
  15. Mohd Na'im Mokhtar (2022-kini)
Timbalan Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Wan Abdul Kadir Ismail (1973-1974)
  2. Kamaruddin Mohamed Isa (1974-1982)
  3. Anwar Ibrahim (1982-1983)
  4. Mohd Yusof Noor (1984-1987)
  5. Abdul Hamid Othman (1990-1995)
  6. Mashitah Ibrahim (2008-2013)
  7. Asyraf Wajdi Dusuki (2015-2018)
  8. Fuziah Salleh (2018-2020)
  9. Ahmad Marzuk Shaary (2020-2022)
  10. Zulkifli Hasan (2023 - kini)
Ketua Hakim Syarie
  1. Sheikh Ghazali Abdul Rahman (1998-2009)
  2. Ibrahim Lembut (2009-2017)
  3. Mukhyuddin Ibrahim (2017-2019)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (2019-2022)
  5. Mohd Amran Mat Zain (2023 - kini)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
  1. Abdul Jalil Hassan (1970-1990)
  2. Abdul Halim Othman (1991-1992)
  3. Tajudin Abdul Rahman (1994-1999)
  4. Ismail Ibrahim (2000-2005)
  5. Abdul Shukor Husin (2005-2017)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2017-2022)
  7. Nooh Gadut (2022-kini)
Mufti Wilayah Persekutuan
  1. Abdul Mohsein Salleh (1971-1984)
  2. Othman Ibrahim (1986-1991)
  3. Abdul Kader Talip (1991-1997)
  4. Md Hashim Yahaya (1997-2003)
  5. Mohammad Yusoff Hussain (2003-2006)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2006-2014)
  7. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2014-2020)
  8. Luqman Abdullah (2020-kini)
Imam Besar Masjid Negara
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Belanda
  • l
  • b
  • s
Tokoh Maal Hijrah Malaysia
Tahun dalam templat ini ditulis berdasarkan kalendar Hijrah. Nama penerima anumerta dicondongkan.
Kebangsaan

Antarabangsa

  • 1441: Mauritania Abdullah Bin Bayyah
  • 1442: Mesir Ahmad al-Tayyeb
  • 1443: Arab Saudi Muhammad Abdul Karim Al-Issa
  • 1444: Kemboja Othsman Hassan